HOT Tips

#1- Tanda-tanda Kehamilan
Adakah setiap pasangan tahu mengenai tanda-tanda awal dan simptom kehamilan? CherishMaMa yakin tidak semua pasangan paham & tahu mengenai hal ini. Jangan ambil remeh ya. Siapa tahu anda sekarang mungkin sedang mempunyai berita gembira yang anda dan suami sendirik x tahu..jeng jeng jeng.. So here CherishMaMa nak share on HOT Tips untuk simptom dan tanda kehamilan. But, different people might have different sign. So the best way, is to do pregnancy test. Next post nanti CherishMaMa share on Pregnancy Test pulak..Bile nk dapatkan result pregnancy yang accurate, the most accurate method and mcm2 lagi.. Tungguuu..

Ok.. Tanda-tanda awal dan simptom kehamilan :

1) Tidak Datang Haid - Simptom ni untuk trigger pasangan yang mungkin anda mengalami kehamilan. So, sila berikan tempoh 7 -14 hari dari tempoh anda selalu datang haid. Jika haid tidak muncul2 jua dalam tempoh tersebut. Anda mungkin HAMIL! TAHNIAH! Sila ke ambil cuti bersama suami dan pergi ke klinik berdekatan/ farmasi untuk membuat ujian kehamilan.. Jika ujian kehamilan tetap gagal, sila dapatkan nasihat doktor kenapa haid anda tidak muncul2 ya.. Tapi kebiasaanya untuk pasangan yang baru kahwin, haid mereka akan datang lewat sedikit..So, bg sket ruang masa untuk haid tu datang. CherishMaMa pun xtahu kenapa jadik macam ni, mungkin disebabkan hormon kegembiraan meningkat kot..kui2.. but of coz not to every newly wed lah.. hihi

2) Payudara anda mungkin semakin berisi dan puting semakin sensitif - Simptom ini banyak terjadi pada bakal-bakal ibu. Ini adalah disebabkan perubahan hormon estrogen dan progesteron yang dihasilkan oleh plasenta dalam badan bakal si ibu. Selain itu, aerola payudara akan berubah menjadi sedikit gelap. Oleh itu, berkongsilah dengan si suami sekiranya anda merasakan payudara anda sakit atau pun lebih sensitif agar si suami faham.

3) Anda mungkin berasa loya dan muntah - Kebanyakan bakal-bakal ibu akan mengalami loya dan muntah di awal semester kehamilan. Ini adalah disebabkan oleh peningkatan aktiviti hormon yang mencetuskan toksin dalam badan. Tapi usah bimbing bakal2 ibu, 'morning sickness' ini akan berkurangan masa demi masa. Kebiasaanya, akan tamat sehingga 12 minggu kehamilan. Sedikit petua sekiranya anda mengalami loya-loya ialah pastikan perut anda tidak kosong dan makanlah sedikit kismis, kurma atau madu bagi menghilangkan loya. Ada juga yang membuat air lemon suam setiap pagi menghilangkan loya di tekak. Boleh la cuba petua ni, mane tahu berkesan untuk bakal2 ibu sekalian.


4) Anda mungkin lebih kerap membuang air kecil - Di peringkat awal, bakal2 ibu akan berasa kerap ingin membuang air kecil kerana pada ketika ini ginjal sedang bekerja dengan lebih kuat. Oleh itu, untuk mengurang anda kerap ke toilet, CherishMaMa menyarankan bakal2 ibu supaya menyondong ke hadapan sedikit ketika duduk semasa membuang air kecil. Posisi ini akan menyebabkan pundi kencing tertekan sedikit dan mengeluarkan segala sisa baki di dalam pundi kencing anda.

5) Anda mungkin akan berasa sedikit letih - Sudah tentu anda akan berasa sedikit letih bukan, beban di badan anda sudah bertambah menjadi dua. Banyak2 kan berehat di siang hari, dan mandi selalu ketika di hari panas terik.

6) Anda mungkin mengalami sedikit perubahan emosi - Ini adalah disebabkan ketika kehamilan, segala hormon akan mengalami peningkatan dan perubahan. Dan secara kajian psikologi nya, bakal2 ibu ni menginginkan perhatian dari si suami ketika mengandung. Disebabkan hal ini, bakal2 ibu menjadi lebih mudah tersentuh dan sensitif. Kepada sang suami, sila lah berikan extragavanza perhatian kepada si isteri ketika dia sedang mengandung. Ambil tahu tentang perubahan diri isteri dan sentiasa bertanya khabar kepada isteri ya..Sharing is caring bukan ?? :)

Walau ape2 pun masalah atau simptom yang anda alami di awal kehamilan mahupun sepanjang kehamilan, banyak2kan bersabar ya.. Remember that, di sebalik kesusahan akan datang kesenangan..InsyaAllah.. I am sure that every mother in this world have their own pregnancy story..even CherishMaMa pun ada pengalaman sendirik..every single mother sure will appreciate zaman kehamilan mereka even susah macam mana pun..lagi2 nanti dapat rasa baby kicking..MasyaAllah..kejadian Allah..

Banyak2 kan bersabar dan berselawat ya bakal-bakal ibu sekalian.. Kat bawah ni CherishMa share sedikit doa semasa hamil.. Ada rezeki CherishMaMa akan share mengenai surah2 amalan mengandung ya.. :)

Doa semasa hamil Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Cheer Up Everyone and Happy2 Selalu,
From,
Mrs. CherishMaMa



#2- Kebaikan Kurma Ketika Hamil dan Bersalin



Sabda Rasulullah s.a.w., “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin


Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Janganlah risau kerana takut diserang kencing manis, apa yang harus dibuat, hanyalah menjauhkan makanan manis2 yang lain.

Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

Kurma juga ada banyak kelebihan, antaranya:

1. Kaya dengan zat besi — sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).

2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.

3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.

4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.

5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.

6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.

7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.

1. KURMA
Abu Abdillah a.s. bersabda: “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.
Abu Abdillah a.s. bersabda: “Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan”.
Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat”.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)”.

2. KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.
Imam Ali a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi”.
Imam Ali a.s. bersabda: “Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa”.
Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa”.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”.

3. MADU

Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: “Rasul saw sangat menyenangi madu”.
Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: “Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat yaitu meminum dan membaca Al-Quran”.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur’an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit”.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu”.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada”.
Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: “Madu adalah ubat dari segala penyakit tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati”.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi”.

Dipetik dari blog ibu hamil by Mustafa Yassin